1.Pro-aktif
Maksudnya mengambil tanggungjawab terhadap sesuatu perkara dan bukannya menuding jadi kepada orang lain atau persekitaran yang menimbulkan halangan dan masalah.
2.Mula dengan wawasan di dalam minda
Bina wawasan berdasarkan prinsip "utara-benar". Cipta satu pernyataan misi hidup anda dan bayangkan kesudahan misi anda itu. Minda anda perlu membayangkan kejayaan pencapaian misi tadi untuk merangsang diri anda melakukan langkah-langkah yang sesuai ke arahnya.
3.Utamakan yang utama
Dalam usaha mencapai sasaran jangka panjang, keluarkan kerja-kerja yang bersifat segera tetapi tidak penting untuk mencapai sasaran anda. Bahagikan tugas dan rancangan dengan sebaiknya agar anda tidak perlu memperincikan semua perkara.
4. Fikirkan Menang-Menang
Apabila menghadapi kebuntuan terutamanya apabila bertembungan kepentingan dengan orang lain, fikirkan penyelesaian yang memberi manfaat kepada setiap pihak. Dengan itu, keberhasilan penyelesaian itu akan mudah dicapai.
5. Dengar dahulu sebelum berkata
Sebelum anda meminta orang lain mendengar permintaan atau nasihat anda, dengar terlebih dahulu perihal latarbelakang mereka. Apabila latarbelakang mereka diketahui anda, anda dapat memikirkan satu penyelesaian yang memudahkan mereka menerimanya.
6. Sepadukan usaha
Amalkan kerja dalam kumpulan. Jika hal ini menjadi tabiat, pencapaian anda akan menjadi berganda kerana faktor kekuatan kumpulan mengatasi kekuatan individu.
7. Tajamkan pedang
Dari masa ke semasa, amalkan peningkatan diri supaya kadar produktiviti dapat ditingkatkan selaras dengan perubahan masa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
PAUTAN UNTUK PERMOHONAN: KPL SPM TARIKH TUTUP : 5 APRIL 2012
-
KOLEJ-KOLEJ PROFESIONAL MARA UNIVERSITI KUALA LUMPUR KOLEJ POLYTECH MARA
-
Lepasan SPM, STPM, Matrikulasi Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Malaysia Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), Malaysia Biasiswa ...
-
What is SSLN/NOC? Sijil Sokongan Luar Negara, also known as Non Objection Certificate. One of the requirements (certificate) that must be m...
-
Students from Malaysia who wish to enter Singapore schools under the ASEAN Scholarships are welcome to apply . Three types of awards are of...
-
Amanah Pelajar yang cemerlang boleh dipercayai, jujur dan ikhlas dalam segala tindakannya. Ia sentiasa bercakap benar, tidak bohong, tidak...
-
http://malaysia-scholarship.net/sponsor-type/corporate/sime-darby-undergraduate-scholarship-programme-china-2012/
-
SPM Biology 2011 – Tips and Predictions for Papers 4551/1, 4551/2 and 4551/3 As for the notations, the * and ** symbols which denotes import...
-
Sila klik : SEMAKAN TAWARAN KE KOLEJ MATRIKULASI
-
“The main thing is to keep the main thing the main thing.” Never lose sight of the “big picture,” keep the main thing the main thing. Bro...
No comments:
Post a Comment