Wednesday 12 October 2011

Perlanjutan Tarikh Permohonan ke Program Matrikulasi KPM 2012/13

Bahagian Matrikulasi KPM melanjutkan tarikh tutup permohonan Program Matrikulasi dari 10 Oktober 2011 kepada 30 November 2011. Pembelian nombor pengenalan individu (NPI) boleh dibuat di mana – mana cawangan BSN dengan membayar RM6.00 bagi permohonan melalui internet.

Semua pelajar SPM 2011 boleh membuat permohonan melalui laman http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/

Talian bantuan Bahagian Matrikulasi 03-8884 4036 / 4040 boleh dihubungi dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang (hari bekerja sahaja).

No comments:

Post a Comment

Popular Posts